FASAL 7:
Keahlian Majlis
Ahli Gabungan adalah terbuka kepada:-
1. Pertubuhan belia vang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia bertaraf negeri yang berada di dalam Negeri Terengganu dan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) cawangan yang bergabung dengannya di peringkat daerah.
2. Majlis-Majlis Belia Daerah yang berdaftar dan berada di dalam Negeri Terengganu.
3. Pertubuhan belia yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia bertaraf negeri yang berada di dalam Negeri Terengganu dan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) cawangan yang bergabung dengannya di pelbagai peringkat.
4. Pertubuhan yang tidak berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia yang ditakrifkan sebagai Pertubuhan Belia dalam Akta 668 yang bertaraf negeri yang berada di dalam Negeri terengganu dan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) cawangan yang bergabung dengannya di peringkat daerah.
5. Pertubuhan bertaraf negeri yang berada di dalam Negeri Terengganu dan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) cawawngan yang bergabung dengannya diperingkat daerah yang telah sedia bergabung dengan Majlis sebelum Akta 668 dikuatkuasakan dimana keahliannya adalah majoriti berumur 15 hingga 40 tahun.
Bagi pertubuhan yang mempunyai/mematuhi/memenuhi syarat-syarat yang tersebut pertubuhan-pertubuhan di atas, pertubuhan-pertubuhan itu hendaklah memenuhi kelayakkan-kelayakkan tambahan seperti berikut :-
a) Keahlian pertubuhan itu hendaklah dengan secara sukarela.
b) Pertubuhan itu hendaklah bebas untuk menentukan dasar-dasarnya sendiri, tetapi hendaklah tidak bertentangan dengan matlamat Majlis di mana dinyatakan dalam FASAL 6.
c) Umur ahli-ahli badan gabungan hendaklah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan perlembagaan badan gabungan masing-masing yang berumur 40 tahun ke bawah.
d) Pertubuhan ini menjalankan urusan-urusannya dengan sendirinya dan memberi peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang sewajarnya dalam kegiatan-kegiatannya.
e) Pertubuhan itu didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
DIMANSUHKAN KERANA BERTENTANGAN DENGAN AUKU
a) Setiap permohonan menjadi ahli gabungan hendaklah dicadangkan oleh dua (2) ahli gabungan dan dihantar permohonan tersebut kepada Setiausaha Agung yang hendaklah dikemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk diluluskan. Permohonan tersebut hendaklah dibawa ke Mesyuarat Agung untuk mendapat pengesahan rasmi.
b) Mesyuarat Jawatankuasa boleh menerima atau menolak permohonan tersebut tanpa memberikan sebab- sebabnya.
c) Mana-mana badan yang permohonannya ditolak untuk menjadi ahli oleh Mesyuarat Jawatankuasa berhak membuat rayuan semula kepada Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang tertentu, diterima menjadi ahli Majlis dan berhaklah ia sebagai Ahli.