T-Volt Pasca Banjir Kampung La Besut

07.12.19 | BesutSukarelawan Majlis Belia Negeri Terengganu telah menyertai Program T-Volt Pasca Benca Banjir di Kampung La, Besut pada hari ini.

20 orang Sukarelawan MBNT bersama kira-kira 80 orang sukarelawan yang terdiri daripada Sukarelawan T-Volt dan Kelab Terjoh! 4×4 Kuala Terengganu diketuai oleh Sdr Muhammad Muzzammil Mokhetar, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Sahsiah dan Agama MBNT.

Para sukarelawan lelaki telah diberikan tugas membaiki paip air yang rosak akibat arus deras beberapa hari yang lalu. Sukarelawan telah dibantu diangkut oleh kenderaan pacuan empat roda milik ahli Kelab Terjoh! 4×4 Kuala Terengganu sejauh kira-kira 8 kilometer dilaluan ‘off road’. Sukarelawan juga telah diuji dengan terpaksa berjalan kaki sejauh 2 kilometer untuk membaiki kerosakan paip tersebut.

Manakala sukarelawan wanita telah membantu membersihkan kediaman mangsa dan masjid. Sukarelawan juga turut mengagihkan makanan tengahari yang disediakan oleh T-Kitchen.

Rata-rata sukarelawan menyambut baik program yang dilaksanakan ini kerana ianya memberikan semangat kesukarelaan kepada para peserta. Program koloborasi ini juga mampu meningkatkan jati diri peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *