Siswa Siswi UNISZA Nekad Menjadi Pengguna Bijak

06.12.19 | Kuala Nerus Sekumpulan siswa dan siswi bersepakat untuk menjadi pengguna yang bijak dalam sebuah program anjuran bersama Majlis Belia Malaysia bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu dan UNISZA.

Program sehari yang dirasmikan oleh Presiden MBNT, sdr Amirullah Othman itu dilaksanakan di Auditorium Perpustakaan Unisza. Program yang diberi nama Skuadmeps adalah merupakan singkatan kepada Skuad Menggerak Pengguna Siswa. Program yang dikendalikan oleh sdr Ahmad Shah, EXCO Majlis Belia Malaysia itu diisi dengan pelbagai slot dalam melahirkan siswa dan siswi yang bijak dalam hal ehwal pengguna.

Program yang turut dihadiri Bendahari Kehormat MBNT, Sdr Mohd Syahmi Ghazali merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Perindustrian, Ekonomi, Keusahawanan, Pertanian dan Industri Asas Tani MBNT ini mendedahkan para peserta dengan situasi sebenar kepenggunaan. Majlis turut melancarkan keahlian Skuadmeps yang disertai oleh semua peserta. Majlis turut dihadiri oleh Setiausaha Agung MBNT, Sdr Mhd Izham Ahmad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *