05.11.19 | Kemaman : Usia 25 tahun Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman dipenuhi dengan pelbagai program dan aktiviti.
Hari Kokurikulum Sempena Sambutan Jubli Perak SK Seri Iman yang diadakan bermula pada 5 November 2019 akan berakhir pada 7 November 2019 (Khamis).
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Kemaman merangkap Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Terengganu, Saudara Mohd Izham Ahmad.
Majlis Perasmian dimulai dengan sekumpulan 15 orang pemilik Motosikal ‘Cub Street’ berkonvoi mengiringi perasmi daripada Tapak Pasar Tani hingga ke SK Seri Iman.
Di majlis ini juga, saudara Mohd Izham Ahmad turut melancarkan Tabung Pembinaan Dewan SK Seri Iman. Guru Besar SK Seri Iman dalam ucapannya berkata bahawa dewan ini amat diperlukan memandangkan banyak aktiviti tergendala jika hujan turun terutamanya ketika Perhimpunan Pelajar.
Izham dalam ucapannya mengimbau kenangan dan sejarah terbinanya sekolah ini, dimana kebetulannya sekolah ini berada di seberang rumahnya. Tapak sekolah ini pernah menerima kedatangan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu adalah merupakan Perdana Menteri Ke-4 yang mendarat di sini ketika lawatan di Daerah Kemaman. Tapak ini juga pernah menjadi Tapak Pasar Malam. Kini tapak ini menempatkan institusi pendidikan yang melahirkan ramau modal insan yang berguna buat negara.
Majlis Belia Negeri Terengganu mendoakan agar warga SK Seri Iman berjaya membina dewan sekolah dengan segera.
#MBNT
#BeliaTerengganu