MBNT Komited Dalam Melahirkan Belia Yang Unggul

21.12.19 | Kuala TerengganuMajlis Belia Negeri Terengganu komited dalam melahirkan belia dan beliawanis Terengganu yang unggul melalui penerapan ilmu serta berkemahiran nilai tinggi selaras dengan misi Portfolio Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu. Dalam kenyataannya, saudara Amirullah Othman Presiden MBNT turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya kepada YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang telah memberikan ‘nyawa’ kepada pertubuhan belia yang kini tidak lagi diberikan peruntukan kewangan oeh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Beliau juga turut menyatakan akan komitmen seluruh barisan jawatankuasa MBNT untuk meningkatkan nilai kepimpinan terhadap belia.

Dalam pada itu, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Terengganu Tahun 2019 yang dirasmikan oleh YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turut menyaksikan penyerahan bantuan pentadbiran dan aktiviti pertubuhan belia peringkat Negeri Terengganu kepada pertubuhan belia baharu.

Dalam ucapannya, YB EXCO Belia, Sukan dan NGO itu menekankan supaya menggunakan waktu muda yang amat berharga ini dengan perkara-perkara yang berfaedah.”Ambillah peluang ketika muda, nasib negeri, negara, umat dan bangsa adalah terletak di tangan para belia” katanya.

Beliau turut mengulangi komitmennya dan Kerajaan Negeri Terengganu untuk terus membantu dan menyantuni golongan belia. Beliau meminta para pemimpin belia untuk turun ke akar umbi, mendekati para belia yang bukan hanya dikalangan ahli pertubuhan belia, tetapi kepada belia-belia yang bermasalah. “Laksanakan aktiviti, bukan hanya bermesyuarat tetapi berfungi sebagai penggerak aktiviti dan melihat kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki di kampung masing-masing”.

Pertubuhan belia seharusnya menjadi agen kepada Kerajaan Negeri Terengganu dlam menyampaikan kehendak, keperluan dan permasalahan golongan belia di kampung-kampung. “Saya bersama Majlis Belia Negeri Terengganu dan Urusetia Belia Sukan dan NGO Negeri Terengganu (UBSNT) mempunyai komitmen yang tinggi dalam mendekati belia bermasalah”. Beliau turut mengumumkan Kerajaan Negeri Terengganu akan mewujudkan Litar Lumba yang lebih baik di Kemaman berbanding Litar Lumba Gong Badak bagi menangani masalah sosial.

Mesyuarat Agung yang turut dihadiri oleh Presiden Majlis Belia Malaysia Sdr Jufitri Johar itu adalah merupakan Mesyuarat Agung Pertama setelah pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja pada tahun 2018 yang lalu.

Mesyuarat Agung kali ini turut menyaksikan beberapa pindaan perlembagaan bagi meningkatkan kekuatan Perlembagaannya. Selain daripada itu, buat pertama kali Mesyuarat Agung ini menampilkan Ucapan Dasar Pengerusi dan Perbahasan. Perubahan ini salah satunya adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti kepimpinan belia-belia di Negeri Terengganu amnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *