Jom Sertai Pertubuhan Belia

Jom berpesatuan. Banyak faedah dengan menyertai pertubuhan belia. Secara asasnya pertubuhan belia mempunyai 2 kluster utama iaitu Pertubuhan Belia Peringkat Lokaliti dan Pertubuhan Belia Peringkat Daerah.

Pertubuhan Belia Peringkat Lokaliti ini terdapat di kampung atau taman perumahan. Ada 2 jenis pertubuhan belia peringkat ini iaitu Pertubuhan Belia Bercawangan dan Pertubuhan Belia Tunggal. Pertubuhan Belia Bercawangan adalah pertubuhan belia yang mempunyai organisasi berperingkat iaitu daripada lokaliti tempatan (kampung / taman) sehinggalah kepada peringkat Kebangsaan seperti MAYC (Malaysia Association Youth Clubs) dan Gerakan Belia 4B Malaysia. Manakala Pertubuhan Belia Tunggal adalah merupakan pertubuhan belia yang tidak bergabung dengan mana-mana organisasi lain.

Pertubuhan Belia Peringkat Daerah ini adalah merupakan pertubuhan belia gabungan daripada peringkat Daerah sehinggalah kepada peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Pertubuhan belia ini berasaskan ideologi, kumpulan atau kelompok tertentu seperti Pendidikan, Keagamaan, Kaum / etnik, Profesion, Badan Beruniform dan sebagainya. Di Negeri Terengganu, selain daripada Badan Beruniform iaitu Pengakap (Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu) , Pandu Puteri (Persatuan Pandu Puteri negeri Terengganu), Puteri Islam (Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Negeri Terengganu), St. John Ambulans (St. John Ambulans Malaysia Negeri Terengganu) dan PBSM (Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Terengganu), terdapat 3 pertubuhan belia utama iaitu GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung – Pendidikan Melayu), ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia – Agama Islam) dan YMM (Youth Malaysia Movement – Belia Cina).

Apa lagi? jom sertai keluarga besar kami.

Jika berminat menyertai program dan aktiviti di kampung atau taman anda, sila isi borang di bawah :-

Bagi yang berminat menyertai program pendidikan, boleh menyertai GPMS. Bagi belia Cina yang berminat boleh serta YMM dan bagi aktiviti keagamaan (Islam) boleh sertai ABIM. Sila isi borang dibawah :-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *