Belia Terengganu Tolak Rasuah!!!

07.12.19 | Kuala Terengganu : Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2019 diraikan dengan aktiviti Walkabout Perdana di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Para peserta yang terdiri daripada ahli pertubuhan belia melakukan soal selidik ringkas dan menyebarkan mesej TOLAK RASUAH kepada peniaga-peniaga di Pasar Kedai Payang dan peniaga-peniaga sekitar Kuala Terengganu.

Majlis perasmian dan pelepasan yang disempurnakan oleh PPj Zainal Ayob itu turut disertai oleh Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia Negeri Terengganu Sdr Mohd Izham Ahmad yang juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Terengganu.

Majlis yang diadakan di Dewan Besar Dato’ Haji Wan Zakaria Abd Rahman ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia tentang kesalahan rasuah. Program ini juga bertujuan untuk menyedarkan masyarakat untuk menolak sebarang bentuk gejala rasuah.

Program turut dihadiri oleh Timbalan Presiden MBNT, sdr Shahrul Azwan Endut dan Bendahari Agung MBNT, Mohamad Syahmi Ghazali.

Semoga program sebegini mampu menyedarkan masyarakat.

#BeliaTolakRasuah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *