Belia Dungun Berterima Kasih

30.11.19 | Dungun : Majlis Penyerahan Bantuan Pentadbiran & Aktiviti Pertubuhan Belia Negeri Terengganu 2019 menyaksikan pemimpin-pemimpin belia di Daerah Dungun mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya kepada YAB Menteri Besar Terengganu dan Yang Berhormat Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang terus melihat pertubuhan belia sebagai organisasi yang mampu membangunkan kepimpinan belia.

Majlis Penyampaian yang disampaikan oleh Encik Wan Saifullizam Bin Wan Jusoh@Wan Ali, Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun kepada pemimpin-pemimpin pertubuhan belia turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Dungun sdr Asmadi Khalid.

Majlis Belia Daerah Dungun turut mengambil kesempatan meninjau Bilik Gerakan Banjir Daerah Dungun dan menyampaikan hamper kepada para petugas. Majlis yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung MBNT Sdr. Mohd Izham Ahmad bagi mewakili Presiden MBNT sdr Amirullah Othman turut berpesan kepada pemimpin belia agar terus mengekalkan kecemerlangan pertubuhan belia dengan tidak lupa mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan menghantar MYKD (Maklumat yang Kena Diberi).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *