Khas untuk Belia Terengganu yang berumur 15-40 tahun.
Anda Usahawan?
Anda Sukarelawan?
Anda Petani, Nelayan,Peternak?
Anda Pemimpin?
Anda ADUN Belia?
Inilah Masanya. Isi Borang DISINI sekarang.
1. SYARAT ASAS PENCALONAN ANUGERAH BELIA TERENGGANU
- Peserta merupakan anak kelahiran Terengganu yang berumur 15 tahun sehingga 40 tahun.
- Pencapaian peserta adalah dinilai untuk tempoh tiga (3) tahun terakhir dari tahun permohonan.
- Calon hanya dibenarkan bertanding satu kategori sahaja dan tidak memenangi apa-apa anugerah dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan anugerah belia anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dalam tempoh tiga tahun. (JOHAN)
- Permohonan terbuka kepada semua belia dan beliawanis (keutamaan diberi kepada individu yang menganggotai pertubuhan).
- Peserta perlu mengemukakan borang secara atas talian selewat-lewatnya 20 MEI 2021 :-
- Resume (maklumat diri dan pencapaian yang lengkap)
- Kad Pengenalan
- Gambar Berukuran Pasport
- Peserta WAJIB menyerahkan dokumen berkaitan secara ‘hardcopy’ sebanyak tiga (3) salinan selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas penghantaran borang penyertaan iaitu 3 JUN 2021 di alamat berikut :-
Majlis Belia Negeri Terengganu, Tingkat 3, Wisma Seri Amar, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu
No. Tel : 09-624 2200
Email : anugerahbeliaterengganu@gmail.com
2. Penolakan Pencalonan :
- Urusetia berhak menolak sebarang pertanyaan yang melanggar peraturan dan berhak mengubah sebarang syarat dari masa ke semasa.
3. Tarikh Tutup Pencalonan :
- Semua pencalonan hendaklah dikemukakan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya pada 20 MEI 2021.
- Pencalonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.
4. Kategori Anugerah peringkat negeri Terengganu :
- Anugerah Usahawan Belia Terengganu (L/P)
- Anugerah Belia Tani Terengganu (L/P)
- Anugerah Sukarelawan Terengganu (L/P)
- Anugerah Pemimpin Muda Terengganu (L/P) – bawah 25 tahun
- Anugerah Khas ADUN Belia Terengganu (L/P)
5. Borang penyertaan boleh diisi secara atas talian di laman web beliaterengganu.org.my
6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi / whatsapp :
Pegawai Pembangunan Program MBNT ( En. Mohd Fakhruddin Bin Harun, 09 624 2200)